CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Daisypath - Friendship

29 March 2015

Hari Jadi ke 25

Seperti tahun-tahun sebelum ni, aku tak pernah rasa gembira bila setiap kali hari jadi tiba. aku rasa hati aku terlalu kosong. macam tadi, bape kali aku menangis dalam bas bila teringat hari ni hari jadi. makin sebak bila ingat izzuddin aka ramli...
     Ya. memang aku tak patut kenangkan dia.sebab... dah lebih sebulan dia jadi suami kepada Adilah. Ya. Sememangnya Allah itu perancang yang terbaik. Akhirnya Adilah menjadi milik Izzuddin. dan aku hanya mampu berputih mata. Tapi aku doakan mereka bahagia hingga ke Jannah. Aku takkan lupakan tarikh perkahwinan mereka-19 Februari 2015.
     Sememangnya sudah tertulis aku bukan jodoh Izzuddin. Buat awak Ramli, saya ikhlas cintakan awak. demi kebahagiaan awak, saya lepaskan awak pergi. buat Adilah pula, maafkan saya kerana kita mencintai orang yang sama. Saya yakin awak mampu bahagiakan Izzuddin.
     Perkahwinan Adilah dan Izzuddin adalah hadiah hari jadi aku ke 25.Tahniah kalian.

31 December 2014

Selamat tahun baru 2015 Ramli

lebih kurang 13 minit lagi jam menginjak ke pukul 12 tengah malam. Tahun baru 2015 bakal membuka tirainya. tahun ni aku memang tak banyak post pape. sebab terlalu bizi dengan belajar, plus aku sibuk dengan PSM1.baru aku tahu penangan PSM yang Ramli pernah kena dulu.
     Cakap pasal Ramli, tahun ni banyak cerita duka tentang aku dan dia. Awal tahun. 10 Januari 2015, itulah kali terakhir kami berjumpa. lepas tu dia da abis belajar dekat UTHM dah. sedih kalau ingat balik. aku ingat lagi, dia janji dengan aku. dia janji nak datang tengok aku dekat sini. tapi sampai ke saat ini, tak pernah lagi dia tunaikan janjinya sendiri.
     Mestilah tak dapat nak tunaikan janji. dia dah jadi tunangan orang Fifa! apa lagi yang kau harapkan dari dia?? Dia dah jadi tunangan kepada Adilah. dia pilih Adilah sebagai suri dia.bukan aku. tapi dia tamak.hmmm...awak... maafkan sebab saya tak mampu nak hapuskan perasaan ini lagi. bukan saya tak cuba... saya dah cuba dah...tapi....mungkin betul kata awak, kita tak ada jodohlah kot.tunggu jelah tahun 2015 ni.mesti dia kawin.sebab aku dah mimpi dia kawin tarikh 9 Julai 2015. entahlah...susah nak cakap.sebab selalu dalam mimpi benda tu akan jadi betul-betul.macam mazwan dulu.
     Tahun ni jugak, mazwan dah dapat anak lelaki.tahniah.semoga hepi selepas permainkan hati dan perasaan aku.ada hikmah kita tak bersama. hikmahnya. aku mencintai orang yang salah, iaitu Ramli. ya... Ramli...dia takkan nampak kewujudan aku sampai bila2.selamat tahun baru 2015 Ramli.

08 July 2014

hepi besday e..

hari ni hari jadi eji. hepi besday eji yang ke 24. semoga panjang umur, murah rezeki, dipercepatkan jodoh dan menjadi orang hebat suatu hari nanti. sememangnya aku dah nampak betapa kau telah pergi ke arah itu. tengok aje kerjaya kau sekarang, pastilah dia sekarang sudah boleh senang.

biarpun aku wish dekat dia, tapi hati ni rasa tersinggung. entahlah...aku doakan dia ikhlas, tapi dia ignore aje ape yang aku wish kat wall fb dia. dah lapan tahun kot. takkanlah dia still marah aku lagi kot? aku dah mintak maaf. dia pun cakap aku tak ada salah apa-apa.tapi kenapa dia buat peel cam tu? tak fahamlah. aku dah move on pun. aku anggap aku dan dia memang tak ada jodoh. tapi sekurang-kurangnya anggaplah aku sebagai kawan.aku betul-betul tak faham dengan eji ni.

23 March 2014

hadiah hari jadi ke-24

ramli.. tergamak awak tipu saya hidup-hidup. saya hidup lagi, belum mati lagi awak dah tipu saya bulat2. awak nape tak cakap yang awak tu memang in relationship dengan adilah awak tu?nape mesti menipu saya?napa mesti menipu saya awak tu tak ade awek?why?why?why?nape awak sampai hati binatangkan saya?saya bukan anjing untuk diperbodohkan.saya bukan anjing untuk ditipu bulat-bulat.

da terang lagi bersuluh kat insta awak bergambar ngan dia.siap keja satu tempat.apa ni awak?pembohongan apa yang awak ciptakan ini? baru saya faham, kenapa awak tak simpan gambar saya kat fon awak... kenapa awak contact saya seminggu sekali...kadang-kadang 2 minggu sekali awak baru cari saya. tu pun dekat we chat. bukan kat fon. call jauh sekali. kalau awak call saya pun bersebab.

ini hadiah hari jadi yang saya dapat kali ni. thanks izzuddin. terima kasih banyak. tahun lepas hari jadi saya mazwan buat saya. dua tahun lepas hari jadi saya dia curangi saya. thanks awak.thanks sebab pernah buat saya sayangkan awak.thanks sebab buat saya tergelak... buatkan saya lupakan mazwan dan eji. thanks awak. saya tak dendamkan awak. tak...saya tak sampai hati nak simpan dendam kat awak. siapalah saya kat mata awak.saya ni pempuan yang boleh dipijak-pijak. ditipu-tipu, pempuan bodoh oleh dua jantan macam awak! saya ni cuma gula-gula awak je.thanks awak.thanks buat saya bertambah kecewa. kusangkakan mazwan paling jahat.rupanya kau lagi jahat. sial punya jantan.malang sape jadi bini kau.

31 December 2013

kenangan sepanjang tahun 2013

haip. nampaknya 2013 sudah hampir melabuhkan tirainya. esok aku ada paper SADAM, jadinya aku nak imbas semula kenangan yang aku lalui sepanjang 2013 ni.

pertama, aku putus dengan mazwan jap. masa tu dalam bulan 2. lama gak kami lost contact. adalah dalam 2 bulan lebih. penemuan gambar dia bersama seorang pempuan tu buat aku tertanya-tanya dan kami contact balik sejak itu.

kedua, aku eksiden. masa tu aku short sem, aku eksiden masa tengah tidur dalam bas. kepala aku terhantuk kat bucu cermin dan menyebabkan kening aku pecah. masa tu bulan puasa. masa tu gak la hari atuk kena operate tulang lutut dan hari jadi kak ngah. masa tu hubungan aku ngan mazwan dah dingin balik. dia macam cari aku bila dia rasa perlu aje.

ketiga, masa mazwan bawak aku pegi klinik (asmar desak dia) masa nak cuci luka, dia tertinggal henset dia dekat ngan aku. hati aku masa tu tergerak sangat nak cek henset dia. ditakdirkan Allah, aku terbaca mesej sorang pempuan yang bernama Ika. hati aku mendidih tahap gaban sebab pempuan tu pesan belikan beg dan kasut. yela, aku tak pernah mintak kat wan sume tu. tak pernah langsung. tetiba dia? siapa dia mintak-mintak sume tu. masa balik tu, aku tengok muka wan dengan sedih dan terlepas cakap, mungkin ini kali terakhir kita berjumpa. masa tu aku dah pulangkan balik gambar dia yg aku simpan dalam wallet and baju dia. dia sikit pun x cakap pape.terus pecut keta macam tu je. balik tu baru aku mesej cakap jangan lupa kirim salam dekat ika.wan sikit pun x balas pape.

keempat, aku dah nak final exam short sem masa tu. aku terkejut gila dapat tahu mazwan nak kawin. selongkar fb dia, ada orang kampung wish tahniah. masa tu memang sedih tahap gaban la. rupanya yang dia nak kawin tu ika la namanya. bila mintak penjelasan, sikit pun dia x nk cakap.dia marah aku dan putuskan call.and asik cakap dah takde jodoh.time tu memang aku rasa nak bunuh je dia satu famili. adik-adik dia pun subahat cover abang dia. maknanya selama ni aku dah tercouple dengan tunang orang selama SETAHUN. hebatkan permainan mazwan?

kelima, memang merana sangatlah. hari-hari nangis. aku sengsara sangat bila kena tipu dengan mazwan lepas betul-betul dah lupakan eji. dia kawin 31 ogos 2013 dengan langsung tak rasa bersalah.

eji, aku dah takde perasaan kat dia pun.
bila aku dah lupakan eji, mazwan buat hal kawin dengan orang lain pula.


keenam, masa ni aku nak lupakan wan, aku we chat je dengan semua orang.macam-macam orang aku jumpa. ada yang da kawin la, ada tua gila la, ada yang gila seks la. ada yang memang gila la.ei, masa tu cuma fikir nak lupakan wan je. razman la, azwadi la, ramli la. tapi yang paling menjengkelkan azwadi dengan razman la. boleh pula nak maki aku sebab rejek-rejek dorang and tak dapat lupakan mazwan. tapi dengan ramli? hehehehe. masa awal-awal ramli mulut celupar gila. muka bila tengok memang muka orang tua la. tapi tak kusangka rupanya ramli itu adalah senior UTHM, sedang buat LI di puchong. mula-mula nak tipu identiti je. tapi lepas tau dia senior, tak jadilah. Ramli aka Izzuddin, dia seorang yang sangat cool. tak melatah pun aku marah-marah dia. dan lepas beberapa kali jumpa, aku tak boleh tipu lah yang aku suka dan sayang dia.
dah mula sayangkan ramli @ izzuddin. tapi tak tahu sejauh mana perasaan dia kepadaku.huhuhu.


tapi bila tengok instagram dia minggu lepas dengan sorang pempuan bernama adilah rahman, terus aku sedih. aku tak tahu status sebenar ramli hari ni. adakah dia single or sudah berpunya? hanya dia dan Allah aje yang tahu. aku akan sedih kalau dia permainkan aku cam mana mazwan buat aku.

tu je la aku nak bagi tahun kenangan 2013. selamat tahun baru 2014!insyaallah dah nak masuk 24 dah aku. :D

28 December 2013

Keliru

Ya Allah... kelirunya! betul-betul aku keliru sekarang ni! lepas seminggu lebih, baru Ramli cari aku semula. tapi aku keliru lah kenapa dia masih lagi panggil yang- yang kat aku. Argh! serabutnya. jangan buat saya cam ni awak.awak tak kesian kat saya ke tahan perasaan seorang-seorang? tapi peliknya hari ni aku tergelak-gelak pula. hari tu aku marah bagai nak rak bila tengok gambar Ramli dengan Adilah Rahman. :(

Ni, dia baru je wechat aku, tanya bila dia dapat pulangkan balik baju aku. tanya aku berapa haribulan abis paper. aku cakap entah je. Aku akhirnya cakap je 30-2 hb paper aku berjalan. hmm, sedih sebenarnya.sebab selepas-selepas ini dapat ke tidak entah jumpa dia lagi. sedih memikirkan statusnya. bukan senang aku nak build in trust semula. tapi kali ni aku x tau la.

dia cakap paper dia ada 5hb, 13hb, 16hb. dia padankan aku sebab paper deret. sampai hati. yela. aku ni siapa jela kan, boleh dipadan-padankan. boleh diejek-ejek.

tadi dia minta gambar. aku tak nak bagi. aku cakap kat dia tak baik buat aku macam ni. tak baik mainkan perasaan aku. sebab dia macam chipsmore. kejap ada-kejap tak ada.umpama aku ni persinggahan sementara je kan?

23 December 2013

biar saya yang bawak diri ramli...

tak perlu berharap dah. sebab selama ni aku dah kena tipu hidup-hidup. malu gila aku. rupanya ramli dah ada awek. cantik pulak tu. yang aku sedihkan sangat, dia cakap dia takda awek.dah 2x aku tanya dia.yela, sebelum ni aku terlalu takut kena cop perampas lagi. ingatkan ramli ni betul-betul jujur. tapi bila tengok di instagram, gambar itu menceritakan segala-galanya.

aku terlalu kecewa. baru je nak pulih dari luka yang mazwan bagi, rupanya ramli bagi lagi benda yang sama kat aku. kenapa mesti aku? kenapa mesti aku yang kena? dia bukan x tau aku x suke kena tipu. jujur la walaupun pahit. sekarang ni, aku dah tak pikir ape dah. barang aku yang dia pegang tu, bia lantak pi la dia nak buat ape.aku x nak dah.dia boleh bakar je kalau nak buang bukti.

aku tak sanggup suka, sayang kat lelaki yang jadi hak orang. aku rela undur diri untuk kebaikan masing-masing. meskipun aku dah sayang dia... tapi mujur sayang tu dia x tau dan aku x pernah ungkapkan. kalau tak, aku lagi malu gila.

kenapa awak buat saya macam ni?mulanya saya tak suka awak sebab awak sangat celupar. tapi bila saya tengok awak cool, saya suke plak.sebab saya tau saya ni jenis melatah.saya ni baran. tapi yang saya kecewa sangat, kenapa sesenang sangat awak ungkap awak sayang saya?sedangkan awak dah ada awek.

patutlah saya bagi kias, awak macam tak faham.takpelah. saya faham.mungkin awak maksudkan awak sayang tu, awak anggap sayang sebagai kawan kot. saya yang tersilap menilai awak selama ni. yang awak suka panggil yang yang tu mungkin tu gurauan awak nak hiburkan hati saya kot. x pe. saya faham.

saya marah, sedih dan kecewa sebab saya baru nak percayakan balik lelaki. kiranya saya anggap awak ni mampu buat saya lupakan eji & mazwan. tapi, begini jadinya. saya dah nampak persoalan saya selama ni. awak jangan bimbang ramli. rahsia kita saya jaga sampai mati. saya xkan benci awak sebagaimana saya benci mazwan. awak dah mampu bagi saya ketawa pun saya dah syukur sangat.

sekarang, saya tak menaruh sekelumit harapan kat awak. untuk apa? awakkan dah ada adilah rahman. :')

thanks ramli. kali ni saya nak tulis ucapan yang dah saya peram 1 sem ni. mungkin terlalu awal nak cakap.. tapi, saya nak cakap gak sebab awak takkan tahu saya menulis pasal awak di sini.

I LOVE U SO MUCH, RAMLI @ IZZUDDIN.

jaga diri awak.kesihatan awak.haritu awak batuk. selesema lagi. biarlah saya bawak diri. mungkin adilah rahman memang jodoh awak. dia baik. saya ni tak baik.saya terlalu banyak kekurangan. saya ni boleh jadi bahan jenaka orang je. :')