CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Daisypath - Friendship

29 March 2015

Hari Jadi ke 25

Seperti tahun-tahun sebelum ni, aku tak pernah rasa gembira bila setiap kali hari jadi tiba. aku rasa hati aku terlalu kosong. macam tadi, bape kali aku menangis dalam bas bila teringat hari ni hari jadi. makin sebak bila ingat izzuddin aka ramli...
     Ya. memang aku tak patut kenangkan dia.sebab... dah lebih sebulan dia jadi suami kepada Adilah. Ya. Sememangnya Allah itu perancang yang terbaik. Akhirnya Adilah menjadi milik Izzuddin. dan aku hanya mampu berputih mata. Tapi aku doakan mereka bahagia hingga ke Jannah. Aku takkan lupakan tarikh perkahwinan mereka-19 Februari 2015.
     Sememangnya sudah tertulis aku bukan jodoh Izzuddin. Buat awak Ramli, saya ikhlas cintakan awak. demi kebahagiaan awak, saya lepaskan awak pergi. buat Adilah pula, maafkan saya kerana kita mencintai orang yang sama. Saya yakin awak mampu bahagiakan Izzuddin.
     Perkahwinan Adilah dan Izzuddin adalah hadiah hari jadi aku ke 25.Tahniah kalian.

0 pendapat: